Entri ini ditujukan khas buat manusia di luar sana yang sempurna fizikalnya.
Pernah ke kita rasa cukup dengan apa yang kita ada?
Saya percaya yang ramai diantara kita sedar dan bersyukur dengan nikmat Ilahi, alhamdulillah.
Tetapi berapa banyak kali kita bersyukur dan berapa banyak kali pula kita merungut?
Kalau nak cakap pasal bersyukur ni memang boleh cakap pasal macam-macam, sebab kita patut bersyukur dengan SEMUA yang kita ada. Iman, tubuh badan, sifat kita, hati dan perasaan, harta benda dan macam-macam lah lagi.
Cuma, bila cakap pasal bersyukur, mesti ramai yang akan fokus ke arah harta benda, betul tak? Correct me if I'm wrong.
Cuba kita melihat dengan teliti, kita pandang dan kagumi ciptaan Allah, keluasan alam, hijaunya padang, birunya langit dan putihnya awan. Ambil masa walaupun sekejap, cuba untuk lihat satu-satu dan simpan dalam memori.
Khas buat yang berkaca mata, masih ingatkah kita bagaimana kita dapat melihat dunia tanpa bantuan sepasang lens tu? Masa tu pernah kita rasa kagum dengan mata yang diberi oleh Allah, mekanisme yang tak ternilai hebatnya. Bila kita dah pakai spec, tanpa spec tu kita nampak kabur je, samar-samar. Masa tu lah kita baru rasa nikmatnya mereka yang masih dapat melihat dunia jarak jauh tanpa memakai cermin mata kan?
Mula lah bermonolog dalaman,
"Macamana lah dulu bila aku tak pakai spec ni? Kalau aku tau macam ni, aku elak betul supaya tak payah pakai spec ni, aku nak jaga mata aku, mata yang Allah bagi."
Bersyukur juga pabila kita dapat melihat warna dengan cerah dan terang, kerana ingat, ada segelintir rakan kita yang tidak berpeluang.
Habis cerita pasal mata, Dayana yakin kebanyakan dari kita tak ada masalah pasal telinga kan?
Bandingkan kisah rabun dan tidak sempurna mendengar, mestilah lebih ramai yang rabun.
Dayana cuma nak pesan,
"Awak, sekarang ni saat awak dapat mendengar dengan sempurna, every detail, every bit and at every corner, awak dengarlah. Dengarlah perkara yang baik-baik. Dengar sebelum awak dikurangkan deria mendengar, atau lebih teruk tak dapat mendengar langsung. Tuntutlah ilmu, jelajahlah dunia dengan deria-deria yang Allah bagi ni. Macam basic kan, Allah bagi lima deria. Tapi ingatkah kita nak bersyukur setiap hari dengan deria yang kita anggap basic ni? Bila sakit mula lah nak merungut, tapi sakit tu sikit je dibandingkan dengan kesempurnaan mekanisme tubuh badan, percayalah."
Trust me, I know. I can't remember how my ear used to be like when it was totally perfect. Why? Because I thought that everyday I was going to hear and could listen perfectly well. It didn't seem like a big matter back then. I didn't REALLY listen. Now I want you guys to do what I didn't.
LISTEN, carefully, perfectly WHILE YOU CAN. Deep in my heart, I still pray someday I can have the normal hearing again.
There are reasons why I am going through all this, I know. I learn a lot from this, alhamdulillah.
I just don't want to burden my parents though. They seem worried, and I know they'll bring me to the specialist again.
Nahh it's not that bad. Jauh sekali kes kecemasan.
It is not that I want to give up. No, but I don't think much can be done. It's just an on and off thing. I can hear, don't worry ;)! I admit, there are times I'd cry when I start to not hear well again, most of the time is when I have flu, which is so very often nowadays.
But I cry not because of the pain, I cry because before October 2011, I wasn't fully aware of this amazing gift Allah gave me.
I am not down at all :) , I still can hear.
Lihatlah dunia dan ciptaan Allah yang indah sebelum tidak boleh melihat.
Dengar sekeliling, dengarlah perkara yang baik-baik, sebelum tidak sempurna mendengar.
Manusia jarang bersyukur dengan nikmat yang ada, jarang sekali menikmati yang ada sebelum hilang. Bila
hilang, mula cuba mencari dan mengingati semula apa yang pernah menjadi kurniaan Ilahi.
Ingatlah, setiap nafas yang dihembus adalah atas redha Allah SWT.